Dari hutan rimba ku jadikan Ladang, Dari Perkapalan menjadi Peladang...
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Dari hutan rimba ku jadikan Ladang, Dari Perkapalan menjadi Peladang...
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Dari hutan rimba ku jadikan Ladang, Dari Perkapalan menjadi Peladang...
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Dari hutan rimba ku jadikan Ladang, Dari Perkapalan menjadi Peladang...
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Dari hutan rimba ku jadikan Ladang, Dari Perkapalan menjadi Peladang...
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Monday, May 7, 2012
Tuesday, February 7, 2012
BEKAM - MERAWAT DAN MENCEGAH DARAH TINGGI / GAUT
1.Migrain/Sakit Kepala/Pening
2.Darah Tinggi/Hypertension
3.Gaout/Uric asid tinggi
4.Alergi/Gatal-gatal badan
5.Kencing Manis/Diabetes
6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan
7.Sakit Saraf
Mengikut kajiaan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang sepatutnya dan dicenerkan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.
Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.
Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.
waktu-waktu berbekam, ada sumbernya dari wahyu dan amalan nabi SAW, dan ada dari pengalaman pengamal bekam sendiri. secara kesimpulannya, waktu-waktu yang baik untuk berbekam adalah :-
Tuesday, October 25, 2011
PISANG
Terlebih dahulu Paklang mohon maaf kerana dah dekat setengah tahun tidak menulis dan hampir 3 bulan tidak ke kebun, al maklumlah sibuk dengan Hari raya/ puasa dsb. Terkejut bila dapati lalang telah memenuhi kebun Paklang, Alhamduliliah dengan bantuan Jiran/ adik , Maklang dan anak anak kebun dapat di bersihkan. Di dapati antara pokok pokok yang masih utuh dan mengeluarkan hasil ialah…....Pisang. Paklang banyak membaca buku buku/article dan khasiat tentang pisang dari orang orang Jawa….kali ini Paklang akan bercerita tentang………....Pisang
Secara saintifik, Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang, memberikan tenaga dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, memakanbta amat sesuai dalam pemakanan harian kita.Tekanan:
Pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.PMS: -sakit perut sesunggut
PVitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.Anemia:
Pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.Tekanan Darah Tinggi:
Kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.Kuasa Minda:
Buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert)….. di galakkan sebagai makanan ringan untuk kanak kanak sekolah, sebab itu anak luar bandar pintar agaknyaPenghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Merawat keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.Gigitan Nyamuk:
Cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. ……amalan orang orang Jawa menggantikan ‘’ Mopiko’’Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya.ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa . Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain.
**Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Ha ha ha Ha…walwahhuallam
Satu lagi lupe pula……… ingin kilatkan kasut??
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Sunday, February 20, 2011
KEBAIKAN CUKA DAN QURMA
------------------------------------------------------
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Antara yang utama,KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan. Paklang rasa elok untuk mereka yang menghadapi daran tinggi/ kolestrol dsb nya.
KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.
KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)? kerana, khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah: |
Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim) Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik. Alhamduliliah semenjak mengamalkan cuka qurma, kalesterol Paklang telah turun dan jarang terkena darah tinggi. Sekiranya ada mereka yang tidak dapat mecari atau mendapati harganya mahal, sila berhubung dengan Paklang kerana Paklang menenali pengimport dari Iran dan Negara Arab, harga borong… Akan datang tunggu…. |
Wednesday, December 1, 2010
PENAWAR PROSTST - MEMAKAN BIJI LABU @ EKSTRACK SAW PALMELLTO
Amalan Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti saw palmetto telah lama digunakan oleh jutaan lelaki untuk meringankan gejala kencing akibat pembesaran prostat yang bukan bersifat kanser. Keberkesannya dipercayai kerana kebolehannya merencatkan penukaran testosteron menjadi dihidrotestosteron, hormon yang dikaitkan dengan pertumbuhan tisu prostat.Di samping itu, biji labu juga telah lama digunakan kerana manfaatnya bagi kesihatan prostat. Biji labu yang kaya dengan asid lemak tidak tepu dan kandungan zink yang tinggi membantu kesihatan reproduksi lelaki. Kombinasi suplemen saw palmetto dan biji labu membawa manfaat dalam pengurusan kesihatan prostat.
Antara amalan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan ketidakselesaan anda termasuklah :
* Hadkan pengambilan minuman waktu malam. Ini dapat membantu mengurangkan kekerapan keperluan ke bilik air pada waktu malam. Ini juga akan membantu mengurangkan gangguan tidur anda.
* Kurangkan jumlah penggunaan kafein,l, kopi, teh, coklat dan minuman ringan mempunyai kesan diuretik yang boleh menambahkan kekerapan buang air kecil.
Monday, November 8, 2010
KULIT KAYU MANIS – PENAWAR KENCING MANIS – INSYA ALLAH
Wallahualam
Friday, October 29, 2010
TEMBIKAI - PENAWAR SAKIT GOUT
Kajian saintifik tentang :-
Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah
cara memilih buah tembikai :-
Kulit yang licin.
Pangkalnya gemuk, semakin kehujung warna kulitnya kekuningan.
Tepuk sedikit dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis insyaAllah.
Jika sudah dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.
Bijinya pula perang tua atau hitam dank eras, bukan putih atau agak lisut.
Insya Allah Paklang akan menulis seminggu sekali........minggu depan penawar sakit kencing manis......tunggu
Wednesday, October 20, 2010
TANAH KEBUN DI BARUH
Alhamdulilah Paklang dapat membeli Tanah di Banting dengan wang simpanan, perancangan ingin merialisasikan menjadi kebun warisan( buah buahan), juga ingin mencurahkan ilmu/pengalaman yang tak seberapa kepada genersi muda.Paklang akan siarkan satu persatu tunggu.................