HOME

TAJUK TERKINI

PETUA (3) AMALAN (1) HUBUNGI (1) KEBUN (1) KESIHATAN (1) PENAWAR (1)

Friday, October 29, 2010

TEMBIKAI - PENAWAR SAKIT GOUT

Terlebih dahulu maaf, kerana tidak dapat menulis sebab sebok dengan urusan pekerjaan. Alhamdulilah dengan izin Allah, Kebun Paklang telah mengeluarkan buah tembikai sebanyak dua kali.
Kajian saintifik tentang :-
Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

cara memilih buah tembikai :-
Kulit yang licin.
Pangkalnya gemuk, semakin kehujung warna kulitnya kekuningan.
Tepuk sedikit dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong maka ia sudah benar-benar masak dan manis insyaAllah.
Jika sudah dibelah, pastikan warnanya merah berseri dan tidak pucat.
Bijinya pula perang tua atau hitam dank eras, bukan putih atau agak lisut.





Insya Allah Paklang akan menulis seminggu sekali........minggu depan penawar sakit kencing manis......tunggu

0 comments:

KAWAN PAKLANG

PAKLANG BIOGRAFI

Sahabat Blog