Berjumpa lagi , untuk kali ini Paklang akan bercerita tentang Bekam, berpandukan pada kitab kitab tentang kebaikan bekam dan hadis disini Paklang akan bercerita sedikit sebanyak tentang kebaikan Bekam…
Bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan dan di amalkan oleh umat Islam terutamanya di Malaysia. Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya. Untuk makluman, bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.
Antra hadis hadis yang menyebut tentang bekam
Riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi:
"Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)
Sabda RASULULLAH SAW:
Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay”
Hadis Sahih Al-Bukhari.Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Mengikut hadis sahih,Rasulullah SAW dan para sahabat berbekam sebulan sekali sepanjang tahun kecuali bulan Ramadhan dan tarikh mustajab berbekam ialah pada 17/19/21hb islam dimana sesiapa yang berbekam pada tarikh tersebut akan disembuhkan dari segala penyakit, insyaAllah.
Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:
1.Migrain/Sakit Kepala/Pening
2.Darah Tinggi/Hypertension
3.Gaout/Uric asid tinggi
4.Alergi/Gatal-gatal badan
5.Kencing Manis/Diabetes
6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan
7.Sakit Saraf
Mengikut kajiaan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang sepatutnya dan dicenerkan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.
Terdapat 2 jenis bekam
1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.
2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.
Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.
Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.
Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.
waktu-waktu berbekam, ada sumbernya dari wahyu dan amalan nabi SAW, dan ada dari pengalaman pengamal bekam sendiri. secara kesimpulannya, waktu-waktu yang baik untuk berbekam adalah :-
· dari segi waktu atau musim dalam setahun, waktu terbaik adalah pada musim panas atau cuaca panas. mungkin ini diambil dari tajrubah dan pengalaman kerana tiada sandaran hadis padanya.
· dari segi waktu dalam sebulan, waktu terbaik adalah pada selepas pertengahan sedikit seperti dalam hadis pada 17, 19, 21 hari bulan hijri.
· dari segi hari dalam seminggu, hari terbaik adalah Isnin, Selasa, dan Khamis.
· dari segi waktu dalam sehari, waktu yang terbaik adalah pada waktu tengahari (panas) iaitu sekitar selepas zohor hingga asar.
Elakkan berbekam pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta Rabu kerana dalam Sunan Ibn Majah ada menyebutkan hadis nabi berkenaan larangan tersebut. hikmahnya, Allahu a’lam.
Namun, jika 17 hari bulan hijri jatuh pada hari rabu, tiada masalah berbekam padanya.
jika hari Isnin bukan pada 17/19/21 dan dalam musim sejuk pula, tetap boleh kerana mengambil sempena hari isnin seperti yang disebutkan hadis .Allahu a’lam. dan, jika berbekam kerana sakit tertentu, perlu disegerakan bekam, maka tak perlu tunggu hingga datang hari terbaik untuk melakukan bekam. waktu terbaik seperti di atas dipilih sekiranya boleh memilih tarikhnya, dan sekiranya untuk dijadikan rutin bulanan/tahunan.
Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.
Alhamdulilah selepas berbekam Paklang Nampak sihat dan lengoh lengoh di kaki beransur berkurangan.
Akhir kata selamat mencuba,…
0 comments:
Post a Comment