HOME

TAJUK TERKINI

PETUA (3) AMALAN (1) HUBUNGI (1) KEBUN (1) KESIHATAN (1) PENAWAR (1)

Sunday, February 20, 2011

KEBAIKAN CUKA DAN QURMA

Dalam permerhatian Paklang,   penghidap pelbagai penyakit meningkat begitu mendadak akibat sikap masyarakat kita yang tidak menitikberatkan aspek pemakanan dan tidak menjalani kehidupan secara sihat.. Apa yang kita makan menentukan kesihatan kita , didapati kita suka makan apa yang kita nampak sedap tanpa memikirkan risiko nya. Paklang ada terbaca tentang makanan kegemaran nabi Muhammad SAW, antara nya
Barli - Baik untuk redakan demam
Buah Kurma - Baik dimakan pada bila-bila masa.
Buah Tin - Baik untuk melawaskan buang air besar
Madu - Madu merupakan makanan terbaik, minuman terbaik dan ubat terbaik untuk semua.
Anggur - Baik untuk darah, menguatkan buah pinggang dan melawaskan buang air besar
Tembikai - Semua jenis tembikai adalah baik untuk bayi yang dikandung.
Susu - Membuangkan kepanasan dalam jantung, baik untuk otak dan ingatan dan baik juga untuk tulang
Cendawan - Baik untuk penglihatan mata.
Minyak Zaitun - Baik untuk kulit, baik untuk rambut dan awet muda.
Buah Delima - Buang segala kejahatan dalaman
Cuka - Baik dimakan apabila dicampur dengan minyak zaitun (seperti yang diamalkan dalam masakan Itali).
Air - Minuman yang terbaik buat semua. Amalkan minum air kosong sebanyak mungkin.

Pada minggu ini Paklang akan cerita kebaikan Cuka atau bahasa Arabnya KHAL

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.
Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud "Setiap penyakit ada ubatnya". Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit,oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamlakan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan "MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI" sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama' perubatan Islam.. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi,
Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
------------------------------------------------------
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama,KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan. Paklang rasa elok untuk mereka yang menghadapi daran tinggi/ kolestrol dsb nya.
Kaedah Pemakanan

KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
kerana, khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:

Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
 Alhamduliliah semenjak mengamalkan cuka qurma, kalesterol  Paklang telah turun dan jarang terkena darah tinggi. Sekiranya ada mereka yang tidak dapat mecari atau mendapati harganya mahal, sila berhubung dengan Paklang kerana Paklang menenali pengimport dari Iran dan Negara Arab, harga borong…




Akan datang tunggu….

0 comments:

KAWAN PAKLANG

PAKLANG BIOGRAFI

Sahabat Blog