HOME

TAJUK TERKINI

PETUA (3) AMALAN (1) HUBUNGI (1) KEBUN (1) KESIHATAN (1) PENAWAR (1)

Wednesday, December 1, 2010

PENAWAR PROSTST - MEMAKAN BIJI LABU @ EKSTRACK SAW PALMELLTO


Dah dua minggu Paklang tidak dapat menulis di Blog kerana sibuk dengan sukan Taman Milo Kid Camp/ Hari Raya Haji dan menanam semula Tembikai. Setelah mendapat 3 kali tuain, kini Paklang dan Paksu sedang giat membersihkan kebun utnuk menanm kembali Tembikai, permintaan amat mengalakan dari pembeli…syukur Alhamduliliah…rezeki bumi Allah

Seperti  yang di janjikan…
Masalah kencing tidak lawas akibat pembesaran kelenjar prostat adalah lazim di kalangan lelaki berusia. berusia 50 tahun dan ke atas. Semakin bertambah usia seseorang lelaki, maka semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah seperti ini.Adalah dicadangkan agar pemeriksaan doktor dibuat untuk memastikan kencing tidak lawas yang dialami sememangnya berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat yang tidak bersifat kanser
Amalan Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti saw palmetto telah lama digunakan oleh jutaan lelaki untuk meringankan gejala kencing akibat pembesaran prostat yang bukan bersifat kanser. Keberkesannya dipercayai kerana kebolehannya merencatkan penukaran testosteron menjadi dihidrotestosteron, hormon yang dikaitkan dengan pertumbuhan tisu prostat.Di samping itu, biji labu juga telah lama digunakan kerana manfaatnya bagi kesihatan prostat. Biji labu yang kaya dengan asid lemak tidak tepu dan kandungan zink yang tinggi membantu kesihatan reproduksi lelaki. Kombinasi suplemen saw palmetto dan biji labu membawa manfaat dalam pengurusan kesihatan prostat.
Amalan semasa memakan biji labu

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan ketidakselesaan anda termasuklah :

* Hadkan pengambilan minuman waktu malam. Ini dapat membantu mengurangkan kekerapan keperluan ke bilik air pada waktu malam. Ini juga akan membantu mengurangkan gangguan tidur anda.

* Kurangkan jumlah penggunaan  kafein,l, kopi, teh, coklat dan minuman ringan mempunyai kesan diuretik yang boleh menambahkan kekerapan buang air kecil.

Wasalam…..setiap penyakit ada ubat nya kecuali mati….yakin dan tawakal amalan utama…..jumpa lagi minggu depan Inysya Allah

0 comments:

KAWAN PAKLANG

PAKLANG BIOGRAFI

Sahabat Blog