HOME

TAJUK TERKINI

PETUA (3) AMALAN (1) HUBUNGI (1) KEBUN (1) KESIHATAN (1) PENAWAR (1)

Monday, November 8, 2010

KULIT KAYU MANIS – PENAWAR KENCING MANIS – INSYA ALLAH

Maaf dari Paklang kerana tidak dapat menulis pada jumaat lepas, …..lap top ada masalah. Hujung Minggu paklang sibuk dengan undangan majlis perkahwinan dan urusan catering untuk majlis deepavali dan Perkahwinanan. Minggu nie Paklang akan memberitahu kebaikan Kulit kayu manis untuk menawarkan paras gula……untuk pesakit kencing manis. Di minum harian  sebagai minuman dan di rendam semalaman dengan air panas,( serbuk@ kulit pun boleh) boleh di campur sebarang minuman tapi kalau boleh dengan air panas kosong/Teh sahaja…….lebih afdal. Di minum sampai kemanisan/kelat  nya tawar…………. Insya Allah paras gula akan rendah.
Nama Saintifik: cinnamomum zeylanicum  - dari Sudut sains
Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi.Digunakan secara meluas dalam masakan. Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa.satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis.Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. Kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencekah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil
Dari sudut Islam
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam


Minggu depan – penawar Postat

KAWAN PAKLANG

PAKLANG BIOGRAFI

Sahabat Blog